Tuesday, 3 July 2012

MALAM NISFU SYAABAN


Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal?  Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut?  Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.
Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu? baca selanjutnya...


Wednesday, 9 May 2012

PELUANG KEEMASAN!!!

Berita terkini buat semua murid SK Chabau..jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai pertandingan Buku Skrap Tulisan Jawi seperti di atas. Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan borang sila berjumpa dengan Ustazah zahala. Harap maklum.

Tuesday, 8 May 2012

PERTANDINGAN TULISAN JAWI


Adik Aina Athirah Binti Abdul Rahman telah terpilih menyertai pertandingan tulisan jawi dalam Karnival Pendidikan Negeri Melaka baru-baru ini. Beliau hanya berjaya mendapat hadiah saguhati dan sijil penyertaan sahaja. Walau bagaimanapun tahniah daripada kami guru-guru agama atas komitmen adik aina menyertai pertandingan tersebut. InsyaAllah lain kali cuba lagi.

Thursday, 1 March 2012

KURSUS TAFAQQUH FIDDIN



28 Februari 2012 - Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Cawangan Negeri Melaka dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka telah mengadakan program Kursus tafaqquh Fiddin yang bertajuk " Kesempurnaan Solat Menjamin Keberkatan Hidup " dengan jayanya di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Jasin pada jam 2.30 petang tadi. Turut dihadiri Ustazah Zahala Bt Zakaria dari SK Chabau sebagai mewakili Panitia Pendidikan Islam. Kursus tersebut berakhir pada jam 5 ptg tanpa apa-apa masalah.

Friday, 24 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H

23 RABIUL AWWAL 1433H-17 FEB 2012M
BERSEDIA UNTUK PERARAKAN MAULIDURRASUL

 CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH UST SUFIAN 
DARI SMK INTEGRASI SELANDAR