Thursday 27 September 2012

  LAGI GAMBAR

 13 September 2012 - Guru-guru Pendidikan Islam Daerah Alor Gajah telah memulakan Kursus Penyebaran KSSR Pendidikan Islam tahun 3 bermula 12 September hingga 15 September 2012 dengan jumlah peserta seramai 62 orang. Kursus ini dilaksanakan di Dewan SMK Dato’ Haji Talib Karim. Alhamdulillah pada hari pertama taklimat awal telah disampaikan oleh us. Kamarudzaman, taklimat ringkas berkaitan perjalanan KSSR di sekolah oleh En Shaari b. Md Dali ( Penyelaras KSSR )dan juga dihadiri En. Rosshahdan b. Mohamed ( Penyelia Peperiksaan ) .Turut hadir ke kursus tersebut Ustaz Hisham b Juhari dari SK Chabau selaku JU kepada peserta kursus.

Thursday 20 September 2012

TAKLIMAT MTQSS 2012


PENDAFTARAN PESERTA TAKLIMAT

PESERTA MENDENGAR TAKLIMAT

11 September 2012 - Semua Guru Penyelaras Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) peringkat sekolah rendah dan menengah sedang diberikan pendedahan berkaitan teknik dan kaedah penghakiman aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam khususnya tilawah al-Quran. 
Ia bertujuan untuk memastikan semua Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah bersedia dan memahami tatacara penghakiman sebagai salah satu pengetahuan yang boleh memberikan keyakinan kepada para peserta yang bertanding tips-tips yang membantu kesediaan dan kemenangan calon yang bertanding kelak.
Taklimat selama 2 petang ini dikelolakan oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam bawah pimpinan Tuan Hj. Md. Razif bin Shahid.

Monday 3 September 2012

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN 1433H


KHATAM AL-QURAN

KHATAM AL-QURAN

KHATAM AL-QURAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA MURID MISKIN

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA ANAK YATIM