Thursday 20 October 2011

Muzakarah Tajdid Pemikiran Islam

 Seramai 300 orang Guru Pendidikan Islam termasuk Ustaz Hisham dan Ustazah Nor Aziana  telah menyemarakkan dan menghangatkan lagi Muzakarah Tajdid yang diadakan pada 18 oktober 2011 baru-baru ini anjuran PERKIM Kebangsaan bersama Jabatan Pelajaran Melaka dan PEKDIS Melaka di Auditorium Imegresen Ayer Keroh, Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh  Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.


Majlis yang dianjurkan oleh ketiga-tiga gabungan ini telah menampilkan beberapa tokoh pembentang kertas kerja yang hebat. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Hj. Mahamad Naser bin Disa, Penolong Penasihat Undang-undang Syariah. Hasrat daripada muzakarah ini dapat membuka minda para guru Pendidikan Islam dalam memartabatkan Pendidikan Islam selain menambahkan pengetahuan di kalangan guru.


Friday 14 October 2011

KEM BESTARI SOLAT FASA 4

Pada hari khamis, 13 Oktober telah berlangsungnya KBS Fasa 4 iaitu fasa terakhir bagi sesi persekolahan tahun 2011. KBS ini untuk tahun 1 dan 3 yang bermula jam 12.45tgh dan berakhir pada jam 3.30 ptg. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah. Antara guru yang terlibat ialah Pn. Rosnani, Cik Nurul Hidayah, Pn Zahala dan Pn Nor Aziana..Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Kak Pah dan kakitangan.