Thursday 3 November 2011

Ihtifal j-QAF




Semalam,Rabu- 2 November 2011 seramai 4 orang murid tahun 1 telah menyertai Mahrajan (Ihtifal ) j-QAF peringkat kawasan Jasin 2011 yang diadakan di SK Seri Machap. Adik Ahmad Faris bin Abdullah telah menyertai pertandingan Tilawah al-Quran kategori Lelaki,manakala Adik Siti Anissah Bt Razali pula kategori Perempuan. Dua orang murid lagi iaitu, Adik Muhd Haidi dan Muhd Daniel  pula telah menyertai pertandingan kuiz j-QAF. Walaupun tiada seorang pun yang berjaya kali ini kerana persaingan yang agak sengit,namun panitia agama mengucapkan  tahniah diucapkan diatas keberanian  murid-murid tersebut menyertai acara yang diadakan, semoga akan memperoleh kejayaan pada masa akan datang. Itulah ada bertanding,  ada kalah menangnya...

Thursday 20 October 2011

Muzakarah Tajdid Pemikiran Islam

 Seramai 300 orang Guru Pendidikan Islam termasuk Ustaz Hisham dan Ustazah Nor Aziana  telah menyemarakkan dan menghangatkan lagi Muzakarah Tajdid yang diadakan pada 18 oktober 2011 baru-baru ini anjuran PERKIM Kebangsaan bersama Jabatan Pelajaran Melaka dan PEKDIS Melaka di Auditorium Imegresen Ayer Keroh, Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh  Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.


Majlis yang dianjurkan oleh ketiga-tiga gabungan ini telah menampilkan beberapa tokoh pembentang kertas kerja yang hebat. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Hj. Mahamad Naser bin Disa, Penolong Penasihat Undang-undang Syariah. Hasrat daripada muzakarah ini dapat membuka minda para guru Pendidikan Islam dalam memartabatkan Pendidikan Islam selain menambahkan pengetahuan di kalangan guru.


Friday 14 October 2011

KEM BESTARI SOLAT FASA 4

Pada hari khamis, 13 Oktober telah berlangsungnya KBS Fasa 4 iaitu fasa terakhir bagi sesi persekolahan tahun 2011. KBS ini untuk tahun 1 dan 3 yang bermula jam 12.45tgh dan berakhir pada jam 3.30 ptg. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah. Antara guru yang terlibat ialah Pn. Rosnani, Cik Nurul Hidayah, Pn Zahala dan Pn Nor Aziana..Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Kak Pah dan kakitangan.

Thursday 8 September 2011

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN

Sekitar Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1432H.

Alhamdulillah...Majlis Penutup Ihya' Ramadhan telah pun berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakannya.

Tuesday 2 August 2011

PROGRAM IHYA' RAMADHAN


Program " IHYA' Ramadhan " adalah satu agenda tahunan Panitia Pendidikan Islam SK Chabau. Ianya telah berjalan bermula hari ini iaitu 2 Ramadhan 1432H. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Panitia. Bagi murid tahap 1 acara tadarrus Muqaddam al-Quran diadakan di kantin sekolah,manakala tadarrus al-Quran khatam 30 juzuk diadakan di Musolla SK Chabau. Semoga semuanya akan berakhir dengan jayanya sebelum menjelangnya Syawwal ..insyaALLAH.

Friday 29 July 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KARIM..

Selamat berpuasa buat semua umat Islam. Semoga akan bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya..amiin.

Friday 22 July 2011

SELAMAT BERKURSUS ...


Selamat berkursus kepada ustazah Nor Aziana yang telah mengikuti kursus KSSR B.Arab tahun 2 bagi tahun 2011. Ianya telah berlangsung selama 5 hari bermula 18 Julai-22 Julai 2011 di PPD Jasin. Diharap beliau dapat mendapat banyak  ilmu  bagi meningkatkan mutu p&p B.Arab pada masa sekarang dan tahun-tahun berikutnya..

Wednesday 13 July 2011

Selamat Bertugas di SK Chabau



Ahlan wasahlan dan selamat bertugas kepada Ustazah Nor Aziana Binti Mohamad ke SK Chabau. Beliau mula melaporkan diri pada 1 Jun 2011 bagi menggantikan ustz Nik Surayya Wafa' yang bertukar ke Kelantan. Beliau yang sebelum ini bertugas di SK Yong Peng Johor. diharapkan ustazah dapat menyesuaikan diri dan bertugas dengan cemerlang di SK Chabau serta membantu meningkatkan prestasi Panitia Pend Islam/j-QAF SK Chabau.

Friday 8 July 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN


  1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Wednesday 29 June 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, mari bersama kita menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. 


  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan
peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :(baca lagi...)

Monday 27 June 2011

Selamat Berbengkel Ustaz Hisham...

Pada 24 Jun 2011, satu Bengkel Pembinaan Item Soalan Akhir Tahun Pendidikan Islam Peringkat Negeri Melaka Tahun 1 hingga 6 Tahun 2011 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 di Bilik Pengurusan Akademik PPD Jasin. Seramai 22 orang guru Panel Pendidikan Islam dari seluruh negeri Melaka termasuklah GPI SK Chabau,Ustaz Hisham b. Juhari telah bertungkus lumus menyiapkan kertas soalan peperiksaan tersebut.Bengkel ini turut dihadiri oleh Ust Kamaruzaman bin Mohd Isa (SPI) dan Ust Raja Abdullah bin Raja Setapa, Ust Abdullah Suhaimi bin Jaafar (PPD Jasin).Selamat berbengkel dan tahniah kepada Ustaz Hisham..moga jasa anda diganjari ALLAH s.w.t.

Friday 17 June 2011

Taklimat Profesionalisme GPI Bersama Pengarah Pelajaran Melaka

 Kami guru-guru Pendidikan dan j-QAF SK Chabau telah  menghadiri Taklimat Profesionalisme Guru Pendidikan Islam bersama Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah (PEKDIS) Negeri Melaka di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah pada jam 2.30 petang. Seramai lebih 1200 Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Bahasa Arab di negeri Melaka yang hadir pada taklimat tersebut sehingga memenuhi kedua-dua tempat duduk atas dan bawah auditorium.

Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Melaka telah memberikan ucap utama seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PEKDIS kali ke-6 ini. Semuanya berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 5.30 ptg.

Thursday 16 June 2011

Kelebihan Bulan Rejab


Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Tuesday 19 April 2011

Thursday 14 April 2011

Tahniah dan Mabruk !





Tahniah kepada adik Muhd Faizun Bin Abdullah, murid tahun 6 SK Chabau, kerana berjaya ke Majlis Tadarus Al-Quran ( MTQSS )  Peringkat Negeri Melaka 2011 pada hari ini, iaitu yang bertempat di SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas Melaka yang mana Johan bagi semua kategori peringkat kawasan akan menyertai pertandingan ini.. Beliau telah mendapat Johan dalam MTQ baru-baru ini. Kami Panitia Pendidikan Islam amnya semua warga SK Chabau mengaharpkan beliau pulang dengan membawa kejayaan yang gemilang.