Wednesday 29 June 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, mari bersama kita menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. 


  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan
peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :(baca lagi...)

Monday 27 June 2011

Selamat Berbengkel Ustaz Hisham...

Pada 24 Jun 2011, satu Bengkel Pembinaan Item Soalan Akhir Tahun Pendidikan Islam Peringkat Negeri Melaka Tahun 1 hingga 6 Tahun 2011 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 di Bilik Pengurusan Akademik PPD Jasin. Seramai 22 orang guru Panel Pendidikan Islam dari seluruh negeri Melaka termasuklah GPI SK Chabau,Ustaz Hisham b. Juhari telah bertungkus lumus menyiapkan kertas soalan peperiksaan tersebut.Bengkel ini turut dihadiri oleh Ust Kamaruzaman bin Mohd Isa (SPI) dan Ust Raja Abdullah bin Raja Setapa, Ust Abdullah Suhaimi bin Jaafar (PPD Jasin).Selamat berbengkel dan tahniah kepada Ustaz Hisham..moga jasa anda diganjari ALLAH s.w.t.

Friday 17 June 2011

Taklimat Profesionalisme GPI Bersama Pengarah Pelajaran Melaka

 Kami guru-guru Pendidikan dan j-QAF SK Chabau telah  menghadiri Taklimat Profesionalisme Guru Pendidikan Islam bersama Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah (PEKDIS) Negeri Melaka di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah pada jam 2.30 petang. Seramai lebih 1200 Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Bahasa Arab di negeri Melaka yang hadir pada taklimat tersebut sehingga memenuhi kedua-dua tempat duduk atas dan bawah auditorium.

Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Melaka telah memberikan ucap utama seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PEKDIS kali ke-6 ini. Semuanya berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 5.30 ptg.

Thursday 16 June 2011

Kelebihan Bulan Rejab


Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.