Pages
- Home
- 11 PETISTIWA PENTING YANG BERLAKU DALAM BULAN SAFA...
- IHYA' RAMADHAN 1436H
- PROGRAM SOLAT HAJAT
- PANORAMA
- SEJARAH MUSOLLA AR-RAYYAN
- AKTIVITI PDP
- PROGRAM GOTONG ROYONG
- TINTA AR-RAYYAN
- CARTA ORGANISASI MUSOLLA AR-RAYYAN
- AKTIVITI TAHUNAN MUSOLLA
- PIAGAM PELANGGAN
- VISI DAN MISI MUSOLLA
- Persatuan Bahasa Arab, Jawi dan Khat
- GPI SKC
- MTQ TUAN RUMAH KAWASAN JASIN 2014
- ALBUM GAMBAR
- IHYA' RAMADHAN 1433H
- BULAN ISLAM
- HIMPUNAN HADIS
Thursday, 8 November 2012
Monday, 29 October 2012
Thursday, 27 September 2012
LAGI GAMBAR
13 September 2012 - Guru-guru Pendidikan Islam Daerah Alor Gajah telah memulakan Kursus Penyebaran KSSR Pendidikan Islam tahun 3 bermula 12 September hingga 15 September 2012 dengan jumlah peserta seramai 62 orang. Kursus ini dilaksanakan di Dewan SMK Dato’ Haji Talib Karim. Alhamdulillah pada hari pertama taklimat awal telah disampaikan oleh us. Kamarudzaman, taklimat ringkas berkaitan perjalanan KSSR di sekolah oleh En Shaari b. Md Dali ( Penyelaras KSSR )dan juga dihadiri En. Rosshahdan b. Mohamed ( Penyelia Peperiksaan ) .Turut hadir ke kursus tersebut Ustaz Hisham b Juhari dari SK Chabau selaku JU kepada peserta kursus.
Thursday, 20 September 2012
TAKLIMAT MTQSS 2012
PENDAFTARAN PESERTA TAKLIMAT |
PESERTA MENDENGAR TAKLIMAT |
11
September 2012 - Semua Guru Penyelaras Majlis Tilawah al-Quran (MTQ)
peringkat sekolah rendah dan menengah sedang diberikan pendedahan
berkaitan teknik dan kaedah penghakiman aktiviti kokurikulum Pendidikan
Islam khususnya tilawah al-Quran.
Ia
bertujuan untuk memastikan semua Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah
bersedia dan memahami tatacara penghakiman sebagai salah satu
pengetahuan yang boleh memberikan keyakinan kepada para peserta yang
bertanding tips-tips yang membantu kesediaan dan kemenangan calon yang
bertanding kelak.
Taklimat
selama 2 petang ini dikelolakan oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar
Islam bawah pimpinan Tuan Hj. Md. Razif bin Shahid.
Monday, 3 September 2012
MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN 1433H
KHATAM AL-QURAN |
KHATAM AL-QURAN |
KHATAM AL-QURAN |
PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA MURID MISKIN |
PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN |
PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA ANAK YATIM |
Tuesday, 24 July 2012
IHYA' RAMADHAN 1433H
PERTANDINGAN KUIZ IHYA' RAMADHAN |
PERTANDINGAN SOALN KUIZ PENGETAHUAN AM RAMADHAN |
ATIVITI TADARRUS AL-QURAN
Tuesday, 17 July 2012
Tahniah Ustazah Rosnani..
AlhamuLILLAH danTahniah kepada ustazah Rosnani Bt Che Awang atas kelahiran anak ke lima beliau yang selamat dilahirkan pada jam 1 pagi td,selasa 17 Julai 2012M - 27 Syaaban 1433H. Semoga dengan kelahiran cahaya mata perempuan ini akan menambahkan lagi keseriaan dan keceriaan rumahtangga beliau.Amin.
Monday, 16 July 2012
AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN KARIM..
Hanya tinggal beberapa hari lagi bulan ramadhan akan menjelang. Datangnya bulan keberkahan dan ampunan memberikan harapan untuk meraih segala kebaikan yang ada di dalamnya. Inilah saatnya untuk menggapai keampunan Allah.
Bagaimanakah rumah setiap muslim mempersiapkan diri menyambut ramadhan? Ada lapan amal yang perlu kita siapkan untuk menyambut bulan mulia ini agar ramadhan kita kali ini benar-benar lebih bererti.
Pertama: Menyediakan waktu untuk muhasabah diri.
Hendaklah setiap muslim yang akan menyambut ramadan mulai menghitung-hitung amal dan dosa yang telah ia lakukan selama setahun ini. Apakah ramadannya tahun lalu telah memberikan kepadanya kekuatan untuk melalui sebelas bulan yang kini hampir berlalu?
Menghitung-hitung diri saat menjelang datangnya ramadan menjadi sangat penting, sehingga setiap muslim akan mempunyai azam yang lebih kuat lagi untuk berupaya menggunakan ramadan kali ini hanyalah untuk kebaikan dan menggapai segala rahmat dan ampunan Allah yang ada di dalamnya.
Allah menegaskan di dalam surat Al- Hasyr :
Bagaimanakah rumah setiap muslim mempersiapkan diri menyambut ramadhan? Ada lapan amal yang perlu kita siapkan untuk menyambut bulan mulia ini agar ramadhan kita kali ini benar-benar lebih bererti.
Pertama: Menyediakan waktu untuk muhasabah diri.
Hendaklah setiap muslim yang akan menyambut ramadan mulai menghitung-hitung amal dan dosa yang telah ia lakukan selama setahun ini. Apakah ramadannya tahun lalu telah memberikan kepadanya kekuatan untuk melalui sebelas bulan yang kini hampir berlalu?
Menghitung-hitung diri saat menjelang datangnya ramadan menjadi sangat penting, sehingga setiap muslim akan mempunyai azam yang lebih kuat lagi untuk berupaya menggunakan ramadan kali ini hanyalah untuk kebaikan dan menggapai segala rahmat dan ampunan Allah yang ada di dalamnya.
Allah menegaskan di dalam surat Al- Hasyr :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa melihat kepada dirinya apa yang telah ia persiapkan untuk hari esoknya, dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan. Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah sehingga Allah melupakan diri mereka, merekalah orang-orang yang fasik. (Al-Hasyr: 18-19)
Kedua: Memperbanyak istighfar dan taubat.
Setiap anak adam pasti pernah salah dalam kehidupannya. Iman yang selalu naik dan turun, perjalanan hidup yang banyak godaan pasti akan membuat anak adam pernah tersesat sehingga dikotori oleh dosa, dan kotoran itu perlu dibersihkan. Maka istighfar dan taubat adalah pembersihnya.
Ketiga: Melatih diri dan anak-anak dengan ibadah ramadhan di bulan sya'ban. Seperti melatih berpuasa, membaca Al-Quran, qiyam, sedekah. dan lain sebagainya.
Dari Aisyah ra, ia berkata: "Tidaklah saya melihat Rosulullah menyempurnakan satu bulan puasa kecuali ramadan, dan tidaklah saya melihat Rosulullah yang paling banyak puasanya kecuali di bulan sya'ban. (HR. Bukhori)
Habib bin Abi Tsabit apabila masuk bulan sya'ban ia berkata: "ini adalah bulan para pembaca Al-Quran".
Keempat: Memperbaiki hubungan dengan saudara dan keluarga.
Allah berfirman : فاتقوا الله وأصلحوا ذات بينكم
"Bertakwalah kepad Allah dan perbaiki hubungan diantara kalian".
Memperbaiki kembali hubungan dalam keluarga menyambut ramadhan akan semakin menambah keharmonisan dalam keluarga ketika menjalankan ibadah puasa, karena hati yang bersih akan semakin suci. Maka menjelang ramadahn saatnya untuk saling meminta maaf dan memaafkan.
Kelima: Menjalin silaturrahim dengan tetangga.
Mendekati bulan yang penuh berkah hendaklah juga mulai menjalin kembali silaturrahim dengan teman-teman dan jiran tetangga, sehingga ketika kita mulai menjalin hubungan dengan Allah, hubungan dengan sesame manusia telah menjadi baik. Dengan demikian ketenangan jiwa akan benar-benar dirasakan ketika berpuasa.
Keenam: Mempersiapkan bekal keperluan selama bulan ramadhan.
Sehingga ketika telah berada di bulan ramadhan diharapkan waktu yang ada dapat dipergunakan sebaik mungkin untuk memperbanyak ibadah dan tilawah.
Ketujuh: Menghiasi rumah dengan ayat-ayat dan hadist-hadist berkenaaan dengan keutamaan puasa dan ucapan-ucapan menyambut ramadhan. Kerana tulisan dan ucapan-ucapan itu akan memberikan motivasi dan kesediaan untuk menyambut bulan yang mulia dan mengisinya dengan ibadah.
Kelapan: Menambah ilmu dengan membaca buku-buku berkenaan dengan ramadhan. Sehingga diharapkan dapat melaksanakan tuntunan ibadah puasa dengan benar, terhindar dari kesalahan-kesalahan yang dapat membatalkan ibadah puasa atau mengurangi pahalanya.
Tuesday, 3 July 2012
MALAM NISFU SYAABAN
Assalaamu’alaikum w.b.t….. Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.
Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu? baca selanjutnya...
Wednesday, 9 May 2012
PELUANG KEEMASAN!!!
Berita terkini buat semua murid SK Chabau..jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai pertandingan Buku Skrap Tulisan Jawi seperti di atas. Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan borang sila berjumpa dengan Ustazah zahala. Harap maklum.
Tuesday, 8 May 2012
PERTANDINGAN TULISAN JAWI
Adik Aina Athirah Binti Abdul Rahman telah terpilih menyertai pertandingan tulisan jawi dalam Karnival Pendidikan Negeri Melaka baru-baru ini. Beliau hanya berjaya mendapat hadiah saguhati dan sijil penyertaan sahaja. Walau bagaimanapun tahniah daripada kami guru-guru agama atas komitmen adik aina menyertai pertandingan tersebut. InsyaAllah lain kali cuba lagi.
Thursday, 1 March 2012
KURSUS TAFAQQUH FIDDIN
28 Februari 2012 - Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Cawangan Negeri Melaka dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka telah mengadakan program Kursus tafaqquh Fiddin yang bertajuk " Kesempurnaan Solat Menjamin Keberkatan Hidup " dengan jayanya di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Jasin pada jam 2.30 petang tadi. Turut dihadiri Ustazah Zahala Bt Zakaria dari SK Chabau sebagai mewakili Panitia Pendidikan Islam. Kursus tersebut berakhir pada jam 5 ptg tanpa apa-apa masalah.
Friday, 24 February 2012
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H
23 RABIUL AWWAL 1433H-17 FEB 2012M
BERSEDIA UNTUK PERARAKAN MAULIDURRASUL
CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH UST SUFIAN
DARI SMK INTEGRASI SELANDAR
Subscribe to:
Posts (Atom)